anis n uja... =) |
Hanya Engkaulah yang kami sembah dan hanya Engkaulah kami memohon pertolongan (Al-Fatihah : 5)
Thursday, December 13, 2012
Pesan Dari Adik
Thursday, December 6, 2012
Wanita... 1
aku ingin terbang... aku rindukan kedamaian bayu laut... =) |
Thursday, November 29, 2012
Kembara Diri... 1..
Monday, November 26, 2012
Telahan Terkabul Sendiri
Sebagai contoh para pelajar di kelas pandai menunjukkan prestasi akademik yang cemerlang seperti yang dijangkakan oleh warga sekolah dan ibu bapa. Telahan, harapan, jangkaan sebenarnya adalah berkuasa sekiranya perkara tersebut diyakini oleh individu terbabit. Telahan yang baik boleh menjadi inspirasi dan motivasi kepada pelajar. Begitu juga dengan pelajar yang dilabel di kelas kurang cemerlang apabila dilabel bahawa mereka tidak mampu untuk mencapai kecemerlang dalam akademik seterusnya mereka akan menunjukkan tingkah laku yang sejajar terhadap jangkaan/telahan yang diberikan. Telahan ini bukan sekadar terhad kepada aspek pencapaian akademik, tetapi juga tingkah laku positif, sukan dan sebagainya. Bagaimana mereka boleh membentuk keyakinan dan kepercayaan positif seandainya guru-guru, ibu bapa, iaitu orang yang signifikan dan orang yang mereka percayai sendiri tidak percaya terhadap diri mereka?? Hilangnya harapan/ telahan/ dan kepercayaan ibu bapa dan guru-guru merupakan permulaan episod kegagalan dalam kehidupan mereka.
Bagaimana pula dengan telahan terlalu tinggi?? Seringkali berlaku kepada ibu bapa dan guru yang mementingkan pencapaian akademik meletakkan harapan yang terlalu tinggi sehingga menyebabkan para pelajar tertekan bagi memenuhi jangkaan tersebut. Hal ini boleh dielakkan dengan mengamalkan komunikasi berkesan antara ibu bapa dan anak serta guru-guru dan pelajar. Kedua-dua pihak perlu saling memahami dan bertolak ansur dalam hal ini. Ibu bapa dan guru tidak perlu begitu menekan para pelajar ini. Persefahaman dan kasih sayang mampu membantu anak-anak serta pelajar menyerlahkan potensi mereka.
Penulis meyakini bahawa telahan/ kepercayaan dan harapan yang diberikan oleh ibu bapa dan guru terhadap pelajar merupakan doa yang tidak boleh dipandang remeh. Ada sesetengah guru yang merungut apabila berhadapan dengan pelajar yang mempunyai banyak masalah dan rekod disiplin, tidak kurang juga ibu bapa yang berputus asa dengan anak mereka. Penulis bukanlah orang yang selayaknya berkongsi tetapi jangan pernah berhenti dan berputus harap pada Allah. Buat ibu bapa dan para guru, teruskan berdoa untuk kebaikkan anak dan pelajar anda. Kepada siapa lagi kita meminta harap selain daripada Tuhan Yang Maha Kuasa. Rahmat dan kasih sayang Allah itu sangat luas. Pesanan Ustaz Pahrol ketika ditanya sampai bila kita mahu berharap dan menasihati, katanya sampai bila-bila, sampai kita meninggal dunia.
Sunday, November 25, 2012
Mulai dengan Niat
Jawapan oleh Ustaz Umar Muhammad Noor :
Niat terbaik yang mesti terpancang dalam hati adalah ikhlas mengharap reda Allah dan melaksanakan sunnah Rasulullah s.a.w.
"Jika suatu perkahwinan diniatkan sebagai amalan taat seperti meneladani Rasulullah, mendapatkan anak yang soleh, menjaga kesucian diri, juga untuk memelihara kemaluan, mata dan hati atau yang seumpama dengannya, maka perkahwinan ini dikira sebagai amalan akhirat dan diberi pahala padanya" - Kitab Fatawa, Imam Nawani-
"Jika tidak diniatkan sedemikan, maka perkahwinan itu hukumnya harus belaka dan dikira sebagai amalan duniawi dan memperturutkan hawa nafsu. Tidak ada pahala atau dosa padanya."
Tuesday, November 20, 2012
Perang Doa...
Friday, November 16, 2012
REBT
Thursday, November 15, 2012
Permata Hati.. edisi Maal Hijrah 1434
'nape kakak cakap macam tu??'
'kakak dapat rasa ummi.. kakak dapat rasa kawan-kawan cakap perkara yang tak baik belakang kakak'
'kakak pasti??'
'ntah la ummi.. kakak xsuka la.. kakak nak cepat2 besar.. kakak nak jadi dewasa.. orang besar boleh dapatkan semua benda yang mereka nak..' sahut darwisya dengan muka yang teruja.
'kakak nak apa??' tanya ummi sambil menarik tangan darwisya untuk duduk di ribaannya.
'nak beli permainan, macam zura. Dia ada patung Barbie yang cantik-cantik, dia bawak pegi sekolah, semua orang nak kawan dengan dia.. kakak nak main sama tapi zura tak bagi.. kakak suka patung Barbie tu.. nanti bila baby lahir kakak nak main patung Barbie dengan baby.. ' darwisya pusing ke belakang dan memegang perut ummi kemudian bercakap dengan adiknya itu. 'baby jangan nakal dalam perut ummi taw, nanti kakak bagitaw daddy.. baby nanti kena kawan dengan kakak okay, kita main sama-sama ya.. baby cepat-cepat la keluar.. kat rumah nie seronok.. ada ummi.. ada daddy.. kakak nak bacakan buku untuk baby.. ada macam2 cerita.. nanti daddy bawak kita pegi kedai buku lagi kalau daddy cuti.. kan ummi '
'kakak tak nak mintak daddy belikan patung Barbie??' duga ummi.
Darwisya terdiam... 'hmm tak nak la ummi.. baby kn baby boy, tak nak la ajak main patung Barbie.. kawan-kawan kakak yang lelaki tak main pun patung Barbie Zura tu.. kakak nak ajar baby baca buku la ummi...
Dia sekadar tersenyum melihat telatah darwisya, gadis comel yang berusia 4 tahun itu bijak.. sesuai dengan namanya yang bermaksud ahli sufi.. Tahun Baru 1434 memberi makna buat dirinya.. Rahmat Allah tidak pernah putus buat dia dan keluarga.. Dalam hati dia memanjatkan kesyukuran atas setiap kurniaan Allah.. Sempena tahun baru ini dia berharap agar kebaikan terus melimpah ruah buat dirinya dan keluarga..
Friday, November 9, 2012
Usaha Tangga Kejayaan??
Wednesday, November 7, 2012
Wujud ke Tenaga Marah??
Penulis teringat kenangan sewaktu zaman sekolah ketika mengikuti kelas seni pertahanan diri, kata seorang teman 'bayangkan orang yang kau benci tym ko nak tumbuk tu'.. (
Penulis tiada jawapan... benar ke sifat marah boleh menghasilkan satu bentuk tenaga?? Yang pasti marah ini memang banyak membawa kesan negatif..
http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3992-apabila-kita-marah.html
Monday, November 5, 2012
Coretan Kenangan Kampus Hijau
Pen Stabilo Kesayangan.. =) |
Sunday, October 28, 2012
Wahai wanita, siapakah idolamu??
Tuesday, October 9, 2012
Doa Amalan..
Selamat berjuang kepada calon PMR dan yang sedang menempuh sebarang ujian... Tiada pertolongan yang lebih besar melainkan dari Allah Penguasa sekalian alam....
Sunday, October 7, 2012
Gila Isim??
Sunday, September 30, 2012
Pintalah Ketenangan Jiwa...
Tuesday, September 25, 2012
Mutiara Kata Buat Diriku...
Friday, September 14, 2012
Kisah Si Anak
Monday, September 10, 2012
Perniagaan untuk syurga...
Friday, September 7, 2012
Tazkirah Jumaat
Wednesday, September 5, 2012
Mencari kekuatan jiwa..
"Janganlah berubah kerana manusia! Berubahlah kerana Allah! Sedangkan kita berbuat baik dengan ibu bapa pun bukan kerana mereka tetapi kerana Allah suruh. Pandanglah setiap sesuatu dengan pandangan mata hati. Mana yang akan membawa kita sama ada ke syurga mahupun ke neraka. Mengapa memilih jalan gelap setelah turunnya Al-Quran dan hadith. Tidakkah kita mengambil iktibar apa yang berlaku pada umat terdahulu. 'Tak perlu tunggu sesuatu berlaku sendiri pada diri kita baru kita nak sedar, ambillah pengajaran apa yang berlaku di sekeliling kita." pesanan. Yakinlah pada Yang Maha Kuasa. Yakinlah. Semakin kita sibuk mengejar dunia semakin jauh kita dengan akhirat. Tidakkah kita terlupa apa yang berlaku sebelum ini. Semuanya melibatkan proses. Untuk mentarbiyah hati juga perlukan proses. Malah untuk dilekakan oleh syaitan juga melibatkan proses. Dari sesuatu yang kecil bertambah kepada sesuatu yang besar. Duhai hati bersabarlah. Usah dirayu pada manusia kerana pemberi bahagia bukan batang tubuh manusia sebaliknya semata-mata Allah. Memang sukar, tapi bersabarlah. Bersabarlah kerana Allah, lazimkan zikrullah. Hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang. Pemilik hati adalah Allah. Kadang-kadang kita terasa kita bahagia tapi mari bersama kita selidiki, adakah bahagia itu datang dari Allah. Jangan mudah terjerumus menjadi orang yang fasik, berbahagia apabila membuat dosa, berterusan melakukan dosa sama ada kecil mahupun besar. Takutlah pada azab Allah. Pesanan buat diri sendiri. Ya Allah semoga Kau terus mendekatkan diri ini kepadaMu. Dekatkan orang yang aku ingati kepadaMu. Selamatkan kami dari hasutan syaitan. Selamatkan kami dari kemurkaanMu, selamatkan kami dari azab Neraka. Aku takut Ya Allah, jika Kau biarkan kami maka kami termasuk dalam golongan yang menzalimi diri sendiri. Ya Allah, janganlah Kau biarkan iblis membisikkan kejahatan kepada Kami Ya Allah. Ilhamkan kami dengan kebaikkan yang mutlak atas redhaMu. Semoga segala apa yang ingin kami lakukan adalah keranaMu.
Penulis sangat takut jika syaitan berjaya menjalankan tipu dayanya. Hanya kepada Allah sahaja hambaMu berserah.
Menahan Emosi
"Dan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat Kami, akan Kami biarkan mereka beransur-ansur (ke arah kebinasaan), dengan cara yang tidak mereka ketahui. Dan Aku akan memberikan tenggang waktu kepada mereka. Sungguh, rencana-Ku sangat teguh." (Al-A'raf 182-183)
Allah, berlinangan air mata membaca ayat ini, orang yang mengingkari perintah Allah dan melakukan laranganNya juga dikategorikan sebagai orang yang mendustakan ayat Allah. (Terhenti setakat ini)
"Jadilah pemaaf dan suruhlah orang mengerjakan makruf, serta jangan pedulikan orang yang bodoh" (Al-A'raf 199)
Sebab diturunkan ayat 199 (Ashabun Nuzul) : Uyainah mengatakan bahawa suatu waktu, orang-orang musyirikin Mekah telah menyakiti hati Rasulullah S.A.W selama sepuluh tahun. Saat Rasulullah berhijrah ke Madinah, beliau hendak membalas dendam terhadap mereka dengan mengadakan acara penyerbuan ke Makkah. Maka turunlah ayat itu. (HR. Ibnu Jarir dan Ibnu Abi Hatim)
"Dan jika setan datang menggodamu, maka berlindunglah kepada Allah. (membaca a'uzu billahi minasy syaitanir rajim) Sungguh Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. (Al-A'raf 200)
"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa apabila mereka dibayangi-bayangi pikiran jahat (berbuat dosa) dari setan, mereka pun segera ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka melihat (kesalahan-kesalahannya). (Al-A'raf 201)
" Dan teman-teman mereka (orang kafir dan fasik) membantu setan-setan dalam menyesatkan dan mereka tidak henti-hentinya (menyesatkan). (Al-A'raf 202)
Sebab diturunkan ayat 200-202 (Ashabun Nuzul) : Abdirrahman bin Zaid bin Aslam mengatakan ketika turunnya ayat 199, Rasulullah bertanya, "Wahai Tuhanku, bagaimana aku dapat menahan emosi?" Atas pertanyaan itu, Allah lalu menurunkan ketiga ayat ini sebagai ketegasan cara berlindung dari syaitan dan usaha menahan emosi.
Tuesday, September 4, 2012
Tazkirah buat diri...
"Dan sungguh. akan Kami isi neraka Jahannam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati tetapi tidak dipergunakan untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah) dan mereka mempunyai telinga (tetapi tidak dipergunakan untuk memperdengarkan (ayat-ayat Allah). Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah" (Surah Al-A'raf : 179)
Setiap anggota tubuh ini akan dipersoal di akhirat kelak. Betapa hidup yang kekal abadi itu hanyalah dua sahaja, syurga dan neraka. Teringat pesan Prof. Dr. Muhaya, tanamkan dalam diri untuk menjadi ahli syurga, selalu sebut kepada anak-anak, dan rakan-rakan. Melihat jenazah yang diuruskan pagi tadi membuat penulis terasa, bagaimanakah pengakhiran hidup ini?? Apakah amalan yang membolehkan diri ini menjejak ke syurga?? Bagaimana pula dengan dosa-dosa menggunung tinggi yang dilakukan dengan sedar atau tanpa sedar. Teringat pesanan 'Memang lah Allah itu Maha Pengampun dan Maha Penyayang, tetapi adakah kita mahu menggunakan alasan itu untuk selesa melakukan dosa malah mengulanginya??' Maka kita tertipu oleh hasutan syaitan yang sangat bijak memperdaya manusia. Semoga diri ini dan pemesan kata terhindar dari godaan syaitan dan iblis.
"Aku tidak diciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku" (Surah Az-Zariyat : 56)"
Kembalilah.. kembalilah kepada asal penciptaan manusia. Beribadah untuk kehidupan yang kekal abadi. Kadang-kala diri ini sangat leka, terlupa dengan nikmat tidak seberapa yang dikurniakan oleh Sang Pencipta. Tatkala khayalan demi khayalan yang mendodoikan tentang kebahagiaan palsu di dunia ini disentap ketika itu barulah sedar bahawa tidak akan ada bahagia melalui kemurkaan Allah Yang Esa. Kepalsuan yang bermahrajela membuatkan ramai yang terhanyut termasuk penulis. Teringat lagi pesanan 'Mungkin apa yang kita nikmati waktu ini bukan kerana kita tapi sayangnya Allah pada orang-orang yang mendoakan kita, iaitu ibu bapa kita'. Allah betapa benar kata-kata si pemesan ini. Menghargai kedua ibu bapa selagi boleh. Janganlah melakukan sesuatu yang boleh melukakan hati mereka, berkorbanlah buat mereka. Jika tak mampu menggembirakan mereka maka jangan membuat sesuatu yang menyebabkan mereka menitis air mata.
Doa adalah senjata mukmin. Tatkala kita merasakan bahawa dunia ini sangat gelap, berdoalah kepada Sang Pencipta. "Dan Tuhannu berfirman, 'Berdoalah kepada-Ku nescaya akan Aku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong tidak mahu menyembah-Ku akan masuk nerka Jahannam dalam keadaan hina-dina" (Surah Gafir : 60). Disaat penulis sangat buntu mendapatkan sesuatu yang penulis sangat hajati, penulis hanya mampu berdoa. Bila mana Allah semakin memberi kesukaran itulah sebenarnya tanda kasih sayang Allah. Allah suka mendengar rintihan hamba-Nya. Penulis mohon doa daripada pembaca untuk mendoakan penulis bersama pemesan kata-kata hikmah. Semoga Allah melindungi kami daripada tipu daya syaitan dan berada di bawah naunganNya untuk berada di syurga..
Muhasabah diri buat penulis 'Seandainya Allah mengambil nyawaku saat ini, apakah amalan yang membolehkan aku masuk ke syurga? Atau sebenarnya apa yang dilakukan akan menyebabkan aku dihumban ke neraka. Nauzubillah.....
Tuesday, August 7, 2012
Mukadimah Dunia Kaunseling Nisak =)
Sebelum itu, penulis ingin menyatakan beberapa salah faham yang penulis rasai sendiri sebelum mengenali dunia kaunseling yang sebenar dan pengalaman penulis sewaktu menjalani praktikal di sebuah sekolah selama 3 bulan. Antara salah faham major yang berlaku ialah kaunselor adalah penyelesai masalah dan pemberi nasihat yang terbaik. Hal ini mungkin berlaku disebabkan persepsi masyarakat umum tentang kaunseling mahupun kaunselor dan mungkin juga berlaku disebabkan oleh tindakan kaunselor yang asyik memberi nasihat kepada klien sehingga menyebabkan ada sesetengah klien yang bergantung kepada kaunselor untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Pasti ada yang tertanya-tanya jika kaunselor xboleh selesaikan masalah buat apa datang kaunseling?. Penulis bukanlah seorang yang sangat arif namun apa yang penulis pelajari, peranan kaunselor ialah bertindak sebagai pemangkin kepada klien dalam menyelesaikan isu yang dihadapi bukan penyelesai masalah. Dalam erti kata yang lain seorang kaunselor sangat meyakini bahawa setiap individu mempunyai potensi untuk menjadi baik dalam segenap ruang kehidupannya termasuklah potensi dan daya untuk menyelesaikan konflik/masalah yang dihadapi. Justeru kaunselor akan membantu klien untuk mencari potensi diri serta jawapan terhadap konflik yang dihadapi daripada klien melalui proses kaunseling yang betul. Menurut (Mizan Adiliah & Halimatun Halaliah, 2005) kaunseling bukanlah proses penasihatan, kerana melalui sesi kaunseling yang menjadi keutamaan ialah diri klien itu sendiri bukan masalahnya. Untuk pengetahun pembaca penulis buku Kaunseling Individu Apa dan Bagaimana iaitu Dr. Halimatun Halaliah merupakan pensyarah kaunseling yang sangat penulis kagumi kerana beliau merupakan kaunselor yang dapat mengendalikan sesi kaunseling dengan sangat baik. Bagi yang ingin mengetahui dengan lebih mendalam tentang dunia kaunseling dalam bahasa yang mudah difahami bolehlah merujuk buku ini. =)
Kaunseling sebenarnya merupakan proses dua hala antara kaunselor dan klien bertujuan membimbing klien mencari sumber diri dan mengalami proses pembelajaran semula melalui interaksi bersama kaunselor. Kaunseling juga dijalankan untuk individu yang normal dan mampu mengurus diri tetapi mungkin tertekan atau buntu serta memerlukan perbincangan secara profesional pada sesuatu masa. Bagi yang mengalami sakit jiwa khidmat yang diperlukan ialah dari ahli psikiatri atau pakar sakit jiwa dan bukan seorang kaunselor, (ramai antara kita mudah menghukum seseorang itu mengalami sakit jiwa tetapi harus diingat terdapat penilaian secara objektif yang perlu dilakukan terhadap seseorang itu sebelum menghukumnya sebagai pesakit mental).
Cukuplah setakat ini dahulu, dilain kesempatan jika diizinkan Allah penulis ingin menyambung penulisan mengenai dunia kaunseling ini. =)
Monday, August 6, 2012
Hiburan Mendidik Jiwa
Sebenarnya sejak dari semalam penulis begitu teruja untuk berkongsi tentang rasa syukur penulis wujudnya radio Ikim.Fm yang menjadi teman halwa telinga buat penulis dan keluarga. Terngiang di telinga penulis kata-kata abah tercinta sewaktu berada di dalam kereta menuju ke pasar, 'nasib baik ada IKIM nie, ada la juga hiburan yang mendidik jiwa'. Sebenarnya Hiburan Mendidik Jiwa adalah tagline bagi Ikim FM sendiri. Kali pertama penulis mendengar radio ikim ini adalah semasa berada di Tingkatan 3 hampir 8 tahun yang lalu. Semasa kecil penulis selalu mendengar Radio Malaysia Johor, itu pun adalah kerana ibu penulis mengambil upah menjahit baju dan sering bertemankan radio sewaktu menjahit.
Nak dunia perlu ada ilmu, nak akhirat pn perlu ada ilmu. Bagi individu yang dominan terhadap gaya belajar Auditori pastinya mendengar radio adalah platform yang terbaik bagi menuntut ilmu, maka siaran yang dipilih juga perlulah disaring agar ianya dapat memberikan impak maksima bagi yang benar-benar dahagakan ilmu. Penulis menyarakan agar pembaca cuba untuk mendengar ikim untuk pertama kali. Penulis akui terdapat juga segmen dalam Ikim FM ini yang tidak digemari namun penulis merasakan dengar mendengar IKIM semasa membuat kerja banyak manfaat yang diperolehi. Mendengar radio IKIM bukanlah bermaksud penulis peminat tegar lagu-lagu nasyid kerana penulis sebenarnya adalah penggemar lagu 90'an mungkin kerana penulis mendengar lagu-lagu ini sewaktu kecil dan ianya melekat (berkaitan dengan teori kaunseling : Teori Adler).
Penulis ingin kongsikan dengan pembaca beberapa rancangan yang menjadi kegemaran penulis. Selalunya selepas subuh mak penulis sudah membuka ikim bagi mendengar Ustaz Zahazan bercerita tentang tafsir Quran. Jam 7.00 akan beralih kepada rancangan TV9, Tanyalah Ustaz diikuti Ustaz Zamri bercerita dan Pesan Atok. Sempena bulan Ramadhan ini ada rancangan Qari Junior kat TV3 jam 9.00 hingga 9.30 pg. Tatkala ini sedang berlangsung slot Warna Pagi kat IKIM FM. Hoho setelah itu seharian radio ini dibuka sehingga la jam 5 atau 6 ptg. Aduhai penulis tak dapat nak menceritakan banyak lagi berkenaan siaran-siaran dalam ikim ini sebab macam terlalu banyak yang best antaranya Ustaz Mohamad Amin, Prof Dr. Muhaya, Ustaz Pahrol Juoi dan Ustaz Zaharuddin. Penulis sertakan pautan kepada website ikim http://www.ikimfm.my/ikimfm/ untuk pembaca yang nak tahu lebih lanjut (kemungkinan pembaca lebih arif dari penulis hehe)
Di akhirnya penulis nak menyatakan bahawa walaupun penulis tidak berkesempatan ke kuliah agama di masjid mahupun seminar-seminar tetapi penulis merasakan hari-hari penulis terisi dengan adanya IKIM FM. Penulis dan keluarga mengucapkan sekalung tahniah pada warga kerja IKIM atas usaha murni ini. Dikesempatan ini penulis ingin memohon supaya pembaca mendoakan kesihatan mak dan adik penulis yang kurang sihat setelah beberapa hari. Semoga Allah menyembuhkan mak dan adik penulis. Aminn...
Wednesday, January 4, 2012
Exam oh exam....
Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Minggu ini merupakan minggu exam maka ramai yang sibuk mengulangkaji pelajaran bagi memastikan dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan akhir. Kali ini penulis tertarik untuk membicarakan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan. Walaupun Falsafah Pendidikan Kebangsaan dikatakan antara falsafah pendidikan terbaik dunia (melahirkan pelajar yang seimbang jasmani, emosi, rohani, intelektual) namun dari aspek pelaksanaan banyak aspek yang boleh diperbaharui. Malaysia pernah dikejutkan dengan larangan pelajar menduduki peperiksaan UPSR oleh guru semata-mata bagi memastikan gred sekolah tidak jatuh akibat pelajar yang dianggap kurang cerdik ini. Ramai yang mengecam tindakan guru di sekolah terbabit. Sedar atau tidak sistem ini bermula dari pembentukan guru-guru sama ada di IPG mahupun IPT. Mana tidaknya, gred peperiksaan menjadi tumpuan utama! Hai bakal-bakal guru sekalian, kalau anda merasa bangga dengan pencapaian peperiksaan anda semata-mata maka muhasabah la diri. Universiti seharusnya mampu melahirkan guru-guru yang bebas dari cengkaman sistem berorientasikan peperiksaan ini. Maka barulah sistem pendidikan diluar sana dapat diubah. Pembebasan yang dimaksudkan penulis bukanlah menyeru agar bakal-bakal guru boikot dari menduduki peperiksaan ataupun tidak perlu belajar apabila menjelangnya peperiksaan. Penulis melihat beberapa tingkah laku yang menunjukkan ciri ‘exam oriented’.
Pertama, Membaca dan menuntut ilmu apabila menjelang peperiksaan sahaja. Waktu nie la baru nak menyemak nota-nota, dan isi pelajaran. Istilah praktikkan ilmu memang tak pernah wujud. Bagi golongan seperti ini, ilmu yang ada perlu digunakan semasa hari peperiksaan. Memuntahkan apa yang telah dihafal dan dihadam dalam otak atas kertas peperiksaan untuk tatapan pensyarah supaya mudah pensyarah bagi markah. Haishh. Penulis teringat pesan mak sewaktu ujian 1 semester 1 2008, ‘nak belajar bukan tunggu hari nak periksa je, ingat la hari-hari pun mesti rase nak periksa, hari-hari rase nak belajar’. Dari sudut pandang berbeza mak penulis seolah-olah cakap belajar untuk exam tapi penulis sendiri mengambil iktibar setiap hari perlu belajar bukan tunggu hari peperiksaan sahaja.
Kedua, Menjelangnya peperiksaan tidak boleh membaca dan membuat perkara lain melainkan mengulangkaji pelajaran . Nak solat pun kena tunggu selepas exam la jawabnya. Minggu peperiksaan tidak boleh diganggu langsung (kecuali Facebook hoho). Penulis merasakan ramai yang menggunakan hujah ini berkenaan isu demontrasi di UPSI. Minggu ulangkaji untuk ulangkaji bukan perkara lain. Bagi penulis individu yang berpersepsi seperti ini adalah individu yang berpusatkan peperiksaan. Ilmu ini adalah meluas, apatah lagi pengamalan ilmu. Semua tak boleh mengganggu minggu ulangkaji ni! Hai luculah. Paling lucu buku-buku yang tidak melibatkan peperiksaan tak boleh dibaca, nak mengaji pun kena tunggu habis exam. Kalaupun boleh perkara tersebut mestilah mempunyai nilai bagi memastikan gred meningkat, contohnya mengampu pensyarah.
Walaubagaimanapun penulis juga merasakan terdapat juga pihak yang menggunakan exam oriented sebagai alasan kepada sifat malasnya. Mana tidaknya, kuliah pun tidak hadir, tugasan tidak dilakukan, bila menjelang peperiksaan apabila orang suruh belajar katanya tidak mahu jadi exam oriented student. Hai luculah.
Hakikatnya penulis juga masih dicengkam perkara yang sama. Penilaian yang menyeluruh belum dapat dibuktikan sepenuhnya. Penulis mengingatkan diri sendiri ilmu itu luas maksudnya. Menuntut ilmu bukanlah semata-mata kerana hari peperiksaan. Teringat satu tazkirah sewaktu bersekolah dahulu, setiap kali peperiksaan mesti kita nak buat persiapan terbaik apatah lagi kalau dah tahu bila nak exam, tapi kenapa kita susah nak buat persiapan untuk mati sedangkan mati itu pasti dan bila mati ada peperiksaan sebenar yang menanti!
Akhir kata, penulis merasakan sebagai bakal guru perlu membebaskan diri dari sistem berorientasikan peperiksaan ini. Kalau nak jadi pendidik yang baik perlu mula mendidik diri agar jadi baik. Pesanan buat diri sendiri terutamanya.