Friday, November 16, 2012

REBT

REBT (Rational Emotive Behaviour Theraphy) merupakan teori yang dibangunkan oleh Albert Ellis dimana Teori Rasional Emotif Perlakuan ini menekankan kepercayaan yang tidak rasional pada diri individu yang menyebabkan berlakunya permasalahan kepada emosi dan tingkah laku individu. Terdapat pelbagai teknik dalam teori ini namun pada kebiasaannya teknik yang seringkali digunakan adalah mencantas pemikiran tidak rasional ini melalui penerangan kepercayaan tidak rasional ini kepada klien dan meminta klien mengubah kepercayaan ini. Sekiranya kepercayaan baru yang rasional dapat dibentuk, klien akan mengalami pertumbuhan yang positif.



Rajah diatas adalah kerangka yang mudah bagi memahami teori ini. Sebagai contoh seseorang yang mempunyai masalah setelah diisytiharkan muflis. Activity/Event iaitu peristiwa yang berlaku ialah diisytiharkan muflis menyebabkan Consequence iaitu kesan kemurangan dan cubaan membunuh diri. Dalam teori ini apa yang perlu difahami ialah bukan A yang menyebabkan C tetapi B iaitu Believe System (Kepercayaan) individu terbabit. Penerokaan perlu dilakukan bagi mengenalpasti apakah kepercayaan yang dibentuk oleh individu terbabit sehingga menyebabkan dia mahu membunuh diri. Adakah kerana dia percaya bahawa dia MESTI memiliki kekayaan untuk bahagia dimana wang ialah segala-galanya. Kesan (Consequence) akan berubah sekiranya kepercayaan yang baru dapat dibentuk. 


Kesalahan Yang Sering Dilakukan Sewaktu Menggunakan Teori Ini

1. Menilai sistem kepercayaan yang salah dengan menghukum mengikut nilai peribadi. Dalam konteks ini kita perlu berhati-hati dalam membuat konstruk patalogi (kerangka punca masalah). Adalah bahaya sekiranya penerokaan tidak dibuat dengan mendalam sehingga kita mudah menghukum kepercayaan orang lain salah. Berhati-hati dalam membuat penilaian, malahan Ellis menegaskan kepercayaan yang salah ini harus dibuktikan secara saintifik. 

2. Menggunakan Cara Dispute (Pertikaian) yang Tidak Tepat. Pertikaian yang tidak tepat menyebabkan klien terasa dihukum dan hilang kepercayaan kepada ahli terapi. Ahli terapi perlu meminta bukti terhadap pernyataan salah yang dibentuk oleh individu. Sebagai contoh, buktikan bahawa semua orang kaya di dunia ini bahagia?? atau adakah tidak wujud orang yang miskin namun bahagia didunia ini?? setiap penilaian perlu seiring antara klien dan ahli terapi. Perlu diselidiki keadaan klien sama ada yang boleh berfikir secara rasional atau tidak. Seandainya klien belum bersedia adalah lebih baik meneruskan penerokaan dan membina kepercayaan dalam sesi. 

Menggunakan Teori Ini Untuk Kegunaan Peribadi

1. Kita perlu menilai apakah sistem kepercayaan yang kita pegang sehingga menyebabkan kesan emosi dan fizikal terhadap diri kita. terkadang kita tidak menyedari bahawa sistem kepercayaan kita salah sehingga berlakunya kesan ini, dan mungkin kita masih berdegil terhadap pegangan dan keyakinan kita. Sistem kepercayaan yang baik boleh dibina melalui perkara-perkara berikut :
         
      a. menghadiri majlis ilmu
      b. muhasabah diri
      c. membaca bahan-bahan bermanfaat (buku motivasi/ keagamaan)
      d. mendengar ceramah agama/ slot motivasi
      e. membuat perbincangan dan diskusi dengan orang yang positif
      f. bergaul dengan orang yang positif
      g. menilai apa yang berlaku disekeliling kita. 


No comments: