Monday, November 5, 2012

Coretan Kenangan Kampus Hijau


Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, penulisan ini dibuat sekitar 17 Oktober yang lalu..

Empat tahun yang lalu, seawal kali pertama penulis menjejakkan kaki di UPM penulis bercita-cita ingin menjadi pelajar terbaik dengan harapan apabila ditanya tentang rahsia kejayaan penulis akan menyatakan bahawa kita hanya akan berjaya apabila meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Tahun demi tahun kejayaan tak kunjung tiba dan penulis mengakui bahawa sebenarnya niat dan cara penulis tersasar. Hari ini penulis akan berkata perkara yang sangat penulis yakini, selaku seorang Islam selama mana kita tidak meletakkan Islam di tempat yang teratas itulah sebenarnya penghalang kita untuk mendapatkan apa yang kita kehendaki. Namun jika kita sudah meletakkan niat dan cara mengikut yang dianjurkan Islam tetapi kejayaan masih tidak kunjung tiba jangan berputus asa kerana rahmat Allah sentiasa ada buat kita. Mungkin ini perkara klise, namun ini adalah perkara yang benar-benar dialami oleh penulis.

Kaedah Belajar
Terdapat 3 kaedah belajar Auditori, Visual, Kinestetik. Dengan mengetahui kaedah belajar yang dominan bagi diri kita ia dapat membantu kita untuk memaksimumkan potensi diri. Tambahan ia dapat menjimatkan masa dan tenaga (Percayalah... wee cuba sendiri baru tahu) Untuk mengetahui kaedah belajar yang dominan, 1 inventori telah disediakan. Jika di UPM boleh dapatkan di Seksyen Kaunseling UPM  dan minta penerangan kaunselor di sana (tolong promote jap).

Disebabkan penulis dominan kepada auditori dan visual, adalah sangat penting untuk penulis menghadiri setiap kelas untuk mendengar kuliah dari pensyarah. Mendengar dengan aktif dengan kata lain cuba menghadamkan isi kuliah dengan maklumat yang sedia ada. Jika ada soalan jangan malu untuk bertanya (kalau malu boleh tulis kat kertas then pass pada kawan yg kurang malu, wee).. Sambil mendengar penulis akan buat nota mind map dengan menggunakan pen stabilo yang warna-warni. Nota bewarna sangat membantu untuk individu visual. Nasihat penulis janganlah tunggu nak exam baru buat nota, sebabnya menampakkan yang kita nie study sebab nak exam. Kan seronok jika setiap hari pun ada usaha dan rasa nak belajar, then kita asimilasikan apa yang kita dapat di kuliah dalam kehidupan seharian. Cuba cari keseronokkan anda sendiri ketika belajar, insyaAllah pasti jumpa.

Pen Stabilo Kesayangan.. =) 


Membaca bahan sendiri. Rajin-rajin jenguk di library untuk mendapatkan bahan bacaan tambahan yang berkaitan. Penulis merasakan ini adalah perbezaan pelajar universiti dengan pelajar sekolah. Jika pelajar sekolah, setiap buku rujukan kandungannya pasti lebih kurang sama sebab 1 Malaysia peperiksaannya sama (agaknyerlah). Tapi di universiti bahannya pasti berbeza, jika sama pasti ada perkara baru. Baca bahan online pun boleh juga. Yang penting kena ada usaha untuk dapatkan lebih dari apa yang diperolehi di kelas. Kunci kepada berfikir adalah dengan bertanya soalan, banyakkan memberi cabaran pada minda anda dengan bertanya soalan. Bagi orang visual penting juga membaca sambil ada set pen stabilo warna-warni di tangan dan kertas A4 (Peringatan : jangan conteng buku pinjaman ya).

Penulis suka tengok nota yang telah dibuat sebabnya ia cantik (haha perasan) walaupun hakikatnya orang lain tak faham pun nota penulis yang kadang-kadang ada gambar dan simbol yang ntah apa-apa.

Pesanan penulis :
1.Jika kita berasa kejayaan sering tertangguh dan tidak bersama kita, lihat hubungan kita dengan Allah dan sesama manusia. Dosa dengan Allah dan sesama manusia menjadi penghalang untuk kita berjaya.
2.  Bebaskan diri dari sistem pendidikan yang berorientasikan peperiksaan semata-mata. Peperiksaan penting tetapi ia bukan matlamat utma.
3. Orang yang mendapat CGPA tinggi belum tentu benar-benar mengusai ilmu tetapi orang yang menguasai ilmu insyaAllah mudah mendapat CGPA yang tinggi
4. Orang yang dahagakan ilmu tidak akan pernah jemu dan berhenti belajar kerana ilmu itu seluas lautan, tetapi orang yang dahagakan gred cemerlang akan berhenti belajar setelah berasa puas terhadap kecemerlangan yang diperolehi.
5.Statement ini benar ‘ilmu bukan semata diperolehi di kelas mahupun kuliah’ tetapi ada tambahannya ‘orang yang tak datang kelas mahupun kuliah kehilangan waktu dan peluang terbesar menuntut ilmu’. Wee


No comments: