Friday, November 9, 2012

Usaha Tangga Kejayaan??

'Usaha tangga kejayaan'. Ungkapan ini sangat popular terutamanya sewaktu penulis berada di sekolah rendah. Ianya sangat signifikan pada waktu itu rentetan UPSR dilihat sebagai perkara yang paling penting dalam kehidupan bersekolah sewaktu itu bukan sahaja kepada pelajar malahan juga guru, ibu bapa dan masyarakat. Membaca penulisan Dr.Yusuf Qardawi membuatkan penulis berfikir dengan mendalam tentang ungkapan ini. Mengapa ada manusia yang gila saat berada di puncak malah tak kurang juga yang mengecapi kejayaan namun akhirnya masih merasa hampa. 



Tangga memerlukan sandaran iaitu dinding jika kita mahu menggunakannya. Apakah sandaran @ dinding kehidupan manusia yang sangat mendambakan kejayaan?? Jawapannya adalah iman. Hasil kajian David B Larson dari The American National Health Research Center berkenaan perbandingan tahap kesihatan orang Amerika yang taat dan tidak taat kepada agama mendapati orang yang taat beragama menderita penyakit jantung 60% lebih rendah, risiko bunuh diri 100% lebih rendah, risiko menderita tekanan darah tinggi 80% lebih rendah, penurunan kes kecemasan 73%, penurunan kes depresi 71% dan penurunan pergantungan pada ubat 100% lebih rendah berbanding orang yang menjalani kehidupan sekular (Adi Hashman, 2011). Hasil saintifik telah membuktikan namun kita masih seakan tidak mengakuinya. 

Apakah itu iman?? Mengakui dengan lidah, meyakini dengan hati dan mengamalkan dengan perbuatan. 'U guys nie Tuhan ke nak menilai orang lain?? Excuse me, I nie nampak je mcm nie, sosial sikit tp I jaga sembahyang taw. I ada je kenal kawan pakai tudung labuh tapi perangai perghh, xpayah nk ckp la nanti u oals ckp I mengumpat plak. Malas la I nak hidup hipokrit. Ingat sikit dalam hati Tuhan je yg tahu okay....' Penulis tak layak nak mengulas panjang, cuma teringat pesan Ustaz Zamri Zainal Abidin mana mungkin teko yang berisi air milo bila dituang ke cawan mengeluarkan air sirap??

Merenung kembali ungkapan usaha tangga kejayaan ini pastikan iman juga dipasakkan dalam hati kerana tanpa sandaran ini manusia boleh jatuh sewaktu pendakian, paling ditakuti setelah sampai ke puncak merasa kosong dan akhirnya dengan sengaja menjatuhkan diri. 

Bagaimana pula dengan tangga zaman moden?? Penulis seakan yakin dan percaya inilah konsep lama yang dijenamakan semula oleh Ustaz Pahrol Juoi iaitu Mukmin Profesional. Lihat bagaimana tangga ini sangat bermanfaat. Ya, tangga ini tak perlukan dinding atau sandaran kerana sandarannya diciptakan sekali bersama tangga ini. Lebih praktikal dan mudah. Begitulah mukmin profesional, sosok tubuhnya sangat bermanfaat kepada ummah, menunjukkan ciri islam yang sebenar. Iman bukan menjadi sandaran sewaktu ingin mengecapi kejayaan semata tetapi pegangan utama dan islam adalah cara hidupnya yang sebenar. 

Diakhirnya penulis dibayangi persoalan, andai penulis menjadi seorang guru ungkapan apakah yang sesuai, mudah, dan tepat bagi menggantikan ungkapan yang sangat popular ini ' Usaha Tangga Kejayaan'. 



No comments: