Tuesday, November 20, 2012

Perang Doa...

Kecoh satu negara, PAS membuat solat hajat mendoakan kehancuran UMNO. Sejauh mana kebenarannya penulis tak ingin mengulas kerana penulis sendiri pun tidak tahu, sekadar mendengar respon dari PM  di kaca TV berkenaan sepatutnya orang Islam saling mendoakan kebaikan bukan meminta keburukan untuk yang lain. Kemudian terbaca status kenalan di FB 'jika UMNO merasakan dia berada di pihak yang benar, buat la solat hajat dan doa juga..'

Penulis cuba memahami hal ini dari konteks yang lebih kecil, apa respon penulis seandainya mengetahui ada orang mendoakan keburukan penulis, menghalang kejayaan atau kebahagiaan yang penulis nikmati. Secara logik, seandainya ada doa sebegini pastinya orang tersebut signifikan kepada kita dan mungkin kita ada melakukan kesilapan sama ada secara sengaja atau tidak sengaja kepada individu terbabit. Mana mungkin jika kita berbuat baik orang lain akan doakan keburukan kita. Seandainya dia cemburu dengan kejayaan atau kebahagiaan yang kita miliki sekalipun dia memilih untuk berdoa bukan menyihir kita. Doa tentang keburukan ini pastinya membuat kita resah gelisah dan tidak tenang. 

Prof. Dr. Muhaya ada berpesan maafkan orang sebelum tidur, insyaAllah hati akan tenang, kita tak mahu ada akaun yang tertunggak sewaktu di padang masyar nanti. Begitulah pesanan beliau. Memaafkan dapat memberi ketenangan. Maaf adalah satu kalimah yang mudah dilafaz namun penghayatannya cukup sukar. Sebab itu orang yang memberi maaf akan beroleh ketenangan hati sebab mengikhlaskan hati untuk memaafkan adalah sukar, pesan ustaz dalam satu rancangan TV. Salah ke apa yang PAS lakukan??  Manusia mempunyai 1001 perasaan yang sukar diungkapkan. Apabila terasa lemah, marah, kecewa, benci, dendam, sakit hati, terasa hati, jauh hati, gembira, suka, bahagia kemanakah mahu ditujukan perasaan tersebut?? Allah ini bukan sahaja tempat meminta tetapi tempat segala ditujukan sesuatu. Kalimah 'As-sho'mad' dalam surat Al-Ikhlas ayat 2 merujuk bahawa Allah ini Zat Yang dituju, tempat meminta dan bersandar segala sesuatu. Pengaduan kepada Allah tentang perasaan manusia ini juga adalah doa. Ya benar, usah merintih, mengeluh kerana seolah-olah kita tidak bersyukur dengan pemberian nikmatNya. Namun seandainya ada urusan hati yang masih tak mampu kita lunaskan kepada siapa lagi tempat kita meminta, mengadu?? Pastinya Allah. Daripada kita mengumpat dan menjaja keburukan dan sakit hati hati kita dari satu telinga ke satu telinga, atau meletakkan status di FB mahupun Twitter, lebih baik kita mengadu pada Yang Maha Mendengar. Masih salah ke?? Ini bukan ciri Islam eh?? (Jap lagi ada yang pertikai, kalau macam tu apasal PAS nak kena ada HARAKAH, FB, n Twitter??, lebih baik bermunajat je siang dan malam). Yang nie kena ulas entry lain. 

Teringat karenah seorang teman, 'Takpe2 kat dunia nie boleh la dia buat macam-macam, esok aku tuntut kat akhirat..' Dulu penulis merasakan yang teman ini seorang yang sukar untuk melupakan dan memaafkan kesalahan orang lain, namun  setelah sekian lama penulis mengakuinya. Dengan meyakini adanya balasan akhirat membuat hati kita lebih lega. Tak perlu bersusah payah membalas dendam mahupun sakit hati kita sebab Allah Maha Adil, Maha Berkuasa, Maha Bijaksana, Dialah sebaik-baik pemberi balasan. Allah tidak pernah zalim, yang zalim hanyalah manusia malah seringkali kita manusia zalim pada diri sendiri. Maaf itu ubat mujarab, Allah adalah tempat tujuan segala sesuatu. 

Andai dua hamba Allah saling berperang dengan doa, siapakah yang akan menang, doa siapa yang lebih dimakbulkan??   






No comments: