Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang, penulisan ini dibuat sekitar 17 Oktober yang lalu..
Empat tahun yang
lalu, seawal kali pertama penulis menjejakkan kaki di UPM penulis bercita-cita
ingin menjadi pelajar terbaik dengan harapan apabila ditanya tentang rahsia
kejayaan penulis akan menyatakan bahawa kita hanya akan berjaya apabila
meletakkan Islam di tempat yang tertinggi. Tahun demi tahun kejayaan tak
kunjung tiba dan penulis mengakui bahawa sebenarnya niat dan cara penulis
tersasar. Hari ini penulis akan berkata perkara yang sangat penulis yakini,
selaku seorang Islam selama mana kita tidak meletakkan Islam di tempat yang
teratas itulah sebenarnya penghalang kita untuk mendapatkan apa yang kita
kehendaki. Namun jika kita sudah meletakkan niat dan cara mengikut yang
dianjurkan Islam tetapi kejayaan masih tidak kunjung tiba jangan berputus asa kerana
rahmat Allah sentiasa ada buat kita. Mungkin ini perkara klise, namun ini
adalah perkara yang benar-benar dialami oleh penulis.
Kaedah Belajar
Terdapat 3
kaedah belajar Auditori, Visual, Kinestetik. Dengan mengetahui kaedah belajar
yang dominan bagi diri kita ia dapat membantu kita untuk memaksimumkan potensi
diri. Tambahan ia dapat menjimatkan masa dan tenaga (Percayalah... wee cuba
sendiri baru tahu) Untuk mengetahui kaedah belajar yang dominan, 1 inventori
telah disediakan. Jika di UPM boleh dapatkan di Seksyen Kaunseling UPM dan minta penerangan kaunselor di sana
(tolong promote jap).
Disebabkan
penulis dominan kepada auditori dan visual, adalah sangat penting untuk penulis
menghadiri setiap kelas untuk mendengar kuliah dari pensyarah. Mendengar dengan
aktif dengan kata lain cuba menghadamkan isi kuliah dengan maklumat yang sedia
ada. Jika ada soalan jangan malu untuk bertanya (kalau malu boleh tulis kat
kertas then pass pada kawan yg kurang malu, wee).. Sambil mendengar penulis
akan buat nota mind map dengan menggunakan pen stabilo yang warna-warni. Nota
bewarna sangat membantu untuk individu visual. Nasihat penulis janganlah tunggu
nak exam baru buat nota, sebabnya menampakkan yang kita nie study sebab nak
exam. Kan seronok jika setiap hari pun ada usaha dan rasa nak belajar, then
kita asimilasikan apa yang kita dapat di kuliah dalam kehidupan seharian. Cuba
cari keseronokkan anda sendiri ketika belajar, insyaAllah pasti jumpa.
|
Pen Stabilo Kesayangan.. =) |
Membaca bahan
sendiri. Rajin-rajin jenguk di library untuk mendapatkan bahan bacaan tambahan
yang berkaitan. Penulis merasakan ini adalah perbezaan pelajar universiti
dengan pelajar sekolah. Jika pelajar sekolah, setiap buku rujukan kandungannya
pasti lebih kurang sama sebab 1 Malaysia peperiksaannya sama (agaknyerlah). Tapi
di universiti bahannya pasti berbeza, jika sama pasti ada perkara baru. Baca
bahan online pun boleh juga. Yang penting kena ada usaha untuk dapatkan lebih
dari apa yang diperolehi di kelas. Kunci kepada berfikir adalah dengan bertanya
soalan, banyakkan memberi cabaran pada minda anda dengan bertanya soalan. Bagi
orang visual penting juga membaca sambil ada set pen stabilo warna-warni di
tangan dan kertas A4 (Peringatan : jangan conteng buku pinjaman ya).
Penulis suka
tengok nota yang telah dibuat sebabnya ia cantik (haha perasan) walaupun
hakikatnya orang lain tak faham pun nota penulis yang kadang-kadang ada gambar
dan simbol yang ntah apa-apa.
Pesanan
penulis :
1.Jika
kita berasa kejayaan sering tertangguh dan tidak bersama kita, lihat hubungan
kita dengan Allah dan sesama manusia. Dosa dengan Allah dan sesama manusia
menjadi penghalang untuk kita berjaya.
2. Bebaskan
diri dari sistem pendidikan yang
berorientasikan peperiksaan semata-mata. Peperiksaan penting tetapi ia bukan
matlamat utma.
3. Orang yang mendapat CGPA tinggi belum
tentu benar-benar mengusai ilmu tetapi orang yang menguasai ilmu insyaAllah
mudah mendapat CGPA yang tinggi
4. Orang yang dahagakan ilmu tidak akan
pernah jemu dan berhenti belajar kerana ilmu itu seluas lautan, tetapi orang
yang dahagakan gred cemerlang akan berhenti belajar setelah berasa puas
terhadap kecemerlangan yang diperolehi.
5.Statement ini benar ‘ilmu bukan semata
diperolehi di kelas mahupun kuliah’ tetapi ada tambahannya ‘orang yang tak
datang kelas mahupun kuliah kehilangan waktu dan peluang terbesar menuntut
ilmu’. Wee