Saturday, November 26, 2011

Salam Tahun Baru 1432

Alhamdulillah Allah bagi izin untuk terus bernafas.. Diam tak diam, sedar tak sedar tahun baru 1432 sudah bermula.. Well bercakap soal tahun baru pastinya akan sinonim dengan azam dan matlamat yang ingin dicapai bagi tahun ini.. Bagi pelajar kebiasaannya nak dapatkan keputusan yang lebih cemerlang tak kira la setengah tahun atau akhir tahun.. Tak kurang juga yang berazam untuk menambah baik prestasi kokurikulum, nak menang sukan, nak menang ini, itu, apa sahajalah asalkan kemenangan diperolehi.. Berganjak sedikit dewasa pastinya lebih banyak yang ingin dimiliki... Rumah, kereta, simpanan, baju baru, beg baru, kasut baru dan bermacam2 lagi benda baru yang diidamkan... Tak kurang juga yang menyenaraikan tempat2 percutian menarik mahupun tempat2 makan baru yang ingin dikunjungi... =)

Kalau ada sesiapa yang pernah membaca buku Berani Menang or the original book entitle Dare To Win by Mark Jensen (if Im not mistaken), beliau menulis kuasa bayangan adalah kuasa besar dalam diri individu.. Buktinya yg paling nisak ingat pemilik Disneyland.. Dia sentiasa membayangkan taman tema kanak2 yg hebat dan pd akhirnya wujudlah Disneyland.. N klu ikut teori Psikoanalisis oleh Sigmund Freud yang memperkatakan tentang minda bawah sedar (unconscious mind) dimana peringkat bawah sedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukkan tingkah laku seseorang. Kuasa bayangan ini akan membentuk minda bawah sedar sekaligus menjadi motivasi kepada seseorang untuk bergerak ke arah ke arah impian yang dicapai. Dan hasilnya seseorang akan bertingkah laku sejajar dengan impiannya..

Berbicara soal matlamat, maka apakan sebenar matlamat yang perlu dicapai dalam kehidupan ini? Fathi Yakan dalam bukunya 'Ap Ertinya Saya Menganut Islam?' menyatakan bahawa manusia ini terbahagi kepada tiga golongan. Pertama golongan yang hidup untuk dunia iaitu berfahaman kebendaan "Dahriun". Kedua, golongan yang sesat antara dunia dan akhirat dimana golongan ini termasuk ke dalam golongan yang berfahaman kebendaan sekalipun lahirnya mereka melakukan ibadah rohani. Terakhir, golongan yang menganggap dunia sebagai ladang akhirat.. Saya di golongan yang mana?? Huhu

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepada- Ku" (Adz-Dzaariyaat : 56)

Adakah Islam melarang umatnya untuk memiliki harta dunia? Jawapannya tidak sama sekali.. Ipod? Ipad? Bonia? Mercedes? Polo? Myvi? Melancong ke Eropah? Anugerah Pelajar Terbaik? Penerima Anugerah Nobel? Banglo 10 tingkat? Segala macam harta dunia ini kejarlah, tetapi dengan bersyarat.. Syaratnya setiap impian itu mestilah memberi sumbangan kepada Islam..Menjadi saham untuk kita berada di syurga yang abadi.. 'Beribadahlah seolah-olah kita akan mati pada esok hari dan bekerjalah seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi'. Hehe dilain masa nisak berminat nak membebel pasal hal nie lebih mendalam..

Sebab itu islam menyarankan supaya kita sentiasa ingat mati. Jadinya minda bawah sedar kita akan sentiasa mengingatkan kita tentang akhirat kelak. Allah suka jika kita melakukan sesuatu perkara dengan tekun, maka belajarlah dengan tekun, bekerjalah dengan tekun dan capailah impian dengan tekun.. Ketekunan membuatkan kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.. Hehe tapi jangan lupa sentiasalah cari rahmat Allah, sebabnya tiket untuk masuk syurga bukanlah amalan yang menggunung tinggi sebaliknya atas rahmat dan kasih sayang Allah. Hoho so carilah cara macam mana nak buat Allah sayang n kasihkan kita supaya kita boleh masuk syurga..

Point nisak ialah jom wat refleksi.. Dimana kita?? Haha nisak nak wat iklan sikit sape2 yang nak dapatkan perkhidmatan kaunseling, boleh emel nisak... Hua3... Salam Tahun Baru 1432H....

Monday, November 21, 2011

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

Ermm terbaca kat fb [Sesungguhnya jika aku sedang menasihati kamu, bukahlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, karena aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat menyampaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah. Maka akan jadi sikitlah orang yang memberi peringatan - Imam Hasan al-Basr]

Pepatah ada mengatakan jangan jadi seperti ketam mengajar anak berjalan lurus... Haha nisak pun tak ingat cmne bunyi pepatah nie yang betulnya tapi maksudnya lebih kurang jangan la nak ajar orang yang perkara yang diri sendiri pun tak boleh buat... Hoho sila betulkan jika saya salah... =p

Surah As-Saff ayat 2 dan 3, ' Wahai orang-orang beriman, mengapa kamu mengatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan?. Amat besar kebenciannya disisi Allah - kamu memperkatakan sesuatu yang tidak kamu lakukan...'

Hoho nisak sampai sekarang masih memikirkan isu2 ini... Boleh ke tegur orang klu diri sendiri pun 2x lima... Contoh yang pernah nisak alami, penagih dadah mengingatkan supaya jangan pernah mencuba dadah walaupun sekali, takpun bagi nasihat kepada para penagih lain supaya berhenti menagih padahal dia sedang menagih. Adakah dia dibenci Allah sebab memperkatakan sesuatu yang tidak dia lakukan?

Nisak xd jawapan... Allah Maha Mengetahui setiap sesuatu...

Hai, idea xsampai la... haishhhh banyak lagi cth yang nisak nak bagi tp tulis punyer tulis ayat dia lain... Hoho silap2 tak sampai maksud... So nisak nak buat kesimpulan...(Berkata seorang teman, ini dikategorikan sebagai hujah melompat... bagi isi penting tanpa huraian terus nak wat kesimpulan... =p). Sebenarnya apa pun bergantung pada diri individu... Setiap sesuatu bermula dengan niat... Ada yang menegur dengan niat yang baik supaya orang berubah, tak kurang juga ada yang menegur semata-mata ingin mendapatkan nama... Bagi nisak sendiri nasihat, teguran dan pengajaran adalah penting dalam kehidupan... Namun biarlah berhikmah... Persoalan seterusnya apakah yang dimaksudkan dengan berhikmah? kalau marah dikira berhikmah tak?? Hurmm sama2 fikirkan... Insyaallah nisak cuba huraikan pada post2 akan datang....

Haha sebelum menutup tirai jom nyanyi lagu Opick : Ubat Hati

Ubat hati ada lima perkaranya,
Yang pertama baca Quran dan maknanya,
Yang kedua solat malam dirikanlah,
Yang ketiga berkumpullah dengan orang soleh,
Yang keempat perbanyaklah berpuasa,
Yang kelima zikir malam perpanjanglah
Salah satunya siapa bisa menjalani
Moga-moga Allah Taala mencukupi

Orait... **menyambung wat assignment yang perlu dihantar esok*** buruk la tulisan kali nie wek2...

Saturday, November 19, 2011

muzik kot.... =p

Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang....

"Maha Suci Allah yang menguasai segala kerajaan dan Dia Mahakuasa atas segala sesuatu. Yang menciptakan mati dan hidup untuk menguji kamu, siapa diantara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Mahaperkasa, Maha Pengampun" (Surah Al-Mulk : ayat 1-2)

Nisak bukanlah orang yang layak untuk mentafsirkan ayat ini, sekadar berkongsi pengalaman peribadi dan perspektif nisak apabila membaca ayat ini. Sungguh indah sekali apabila permulaan ayat ini adalah berkenaan kekuasaan Allah yang menyedarkan nisak apa yang ada didunia ini, semuanya adalah milik Allah...Bertepatan sangat dengan lirik lagu yang dinyanyikan oleh Iwan Syahman 'Semuanya Allah Punya' [tiada yang engkau punya, semuanya Allah punya] dan lirik 'Mana Milik Kita' oleh Rabbani [mana milik kita? tidak ada milik kita...Semua Yang Ada...Semua Milik Allah]... betapa kerdilnya hakikat seorang hamba yang tidak miliki apa2 kecuali pinjaman dari Allah.. Huhu suka sangat dengar lagu2 nie sebab bercerita tentang apa yang ada di dunia ini semuanya milik Allah..

Ehmm tapi yang sebenarnya nisak suka lagu nie pada asalnya bukanlah sebab lirik tapi sebab melodinya yang sangat mengasyikkan... Kawan2 dulu selalu kata nisak nie jiwang tapi beberapa hari yang lepas nisak terfikir semula... Well nisak nak buat kesimpulan awal yang nisak sebenarnya suka muzik yang mempunyai melodi seperti rock kapak... Hoho serius sangat mengasyikkan... Cakap je apa lagu 90-an yang nisak xtaw?? Slam, Spoon, Spring, Iklim, Ekamatra n beberapa group lain... pergh mmg layan la... nisak sgt suka cmnie ala2 balada rock kot haha genre nye nisak pun xtaw nak klasifikasikan sebagai apa...

Okay2 berbalik kepada idea asalnya iaitu pasal ayat dalam Al-Mulk... Since ia bermulaanya tentang kekuasaan Allah so nisak teringat lagu iwan n rabbani nie... Then bila baca ayat seterusnya perinciannya adalah berkenaan Allah menjadikan kematian dan kehidupan ini adalah sebagai medan ujian untuk menilai siapa yang paling baik amalannya... Ehmm well sekali lagi nisak teringat pada Iwan Syahman n Rahmat Ekamatra... Huhu bayangkanlah betapa banyak pahala yang mereka dapat bilamana orang mendengar muzik dan lagu mereka kemudian teringat pada kekuasaan Allah... Esok kat akhirat akan ditanyakan tentang masa yang kita ada, adakah setiap masa kita mengingati Allah... Subhanallah... Well walaupun nisak tak dapat jumpa dengan Iwan dan Rahmat nie secara bersemuka nisak nak ucapkan tahniah kepada dyorg... Nisak yakin dan percaya perubahan yang dyorg bawa bukan hanya dirasai oleh nisak tapi jutaan peminat muzik diluar sana.. Serius sgt jeles kot.... Sgt2 jeles.... Konklusi awal yang nisak buat sendiri hidup ini adalah pilihan, kita diberi pilihan maka pilihlah yang baik.... hurm tetiba.... nope i mean apa pun yang kita buat dalam dunia nie sebenarnya boleh membantu kita untuk ke syurga tapi dengan bersyarat... Andai kita berbakat dalam bidang nyanyian dan muzik maka tariklah seberapa ramai orang pendengar muzik untuk mengingati Allah.... Penyanyi, pelakon, guru, doktor, engineer, hatta kaunselor sekalipun.... Yakin dan percayalah tiada satu pun ciptaan Allah di muka bumi ini yang sia2... Walau apa pun profesionnya, ruang untuk mengajak orang lain beriman kepada Allah senantiasa terbuka.... =)

Well betapa cantiknya ayat kedua ini yang diakhiri dengan Allah itu Maha Perkasa dan Maha Pengampun... hurm nisak sendiri klu nak ikutkn tak terkira dosanya tapi bila mengenangkan betapa Allah nie Maha Pengampun rasa mcm sejuk hati... Andai semua orang didunia ini tak mahu lagi menerima nisak lantaran kesalahan dan kesilapan bergunung tinggi yang nisak lakukan nisak percaya Allah selalu ada untuk nisak... Allah... tak mampu digambarkan dengan kata2 betapa besarnya kekuasaan Allah....

erhmm sebelum menutup post kali nie tetiba teringat pada pija : "Klu nak hidup kne la mati"... mula2 mmg tak paham tapi tetiba terfikir, nape ayat nie menyatakan kematian dulu barulah kehidupan... well nisak akan terus mencari jawapan..... =)

**hoho sgt berharap penulisan akan datang menjadi lebih teratur supaya idea dan konsep yang nisak ingin sampaikan dapat difahami oleh orang lain********

Thursday, September 1, 2011

Ucapan salam lebaran..

Assalamualaikum.. Salam Lebaran, dikesempatan ini nisak nak ucapkan selamat hari raya pada mak, abah, abg ai, anis, nuar n uja... haha sbb nisak taw takde sape pn yg baca blog nie... hehe tak terkecuali mr.zz selamat ari raya eh..

Friday, June 24, 2011

pagi yang indah....

haisy... nisak kadang2 pelik... nape ade orang suke tidur di kala pagi yang indah... malam berjaga, siang tidur... tak ubah macam tabiat burung hantu... huhu xrase ke yg tidur nyaman, lena n paling best hanya boleh didapatkan pada waktu malam... kalau tidur waktu siang nie, terutamanya lepas subuh badan akan jadi lesu, lemas, letih dan lain2... tidak produktif!.. hai tapi ntah la... ikut diri masing2... cuma bg nisak alasan xboleh tidur malam kadang2 xboleh dipakai... haha jahatkan... cuba jangan tidur waktu pagi... haha so malam mst terasa nak tidur... weee ===)

"Dialah yang menjadikan malam bagimu agar kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sungguh, yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar" (surah Yunus :67)

sudah terang lagi bersuluh (watpe la suluh tempat terang?? haha) ayat diatas menunjukkan memang Allah menciptakan malam untuk manusia tidur(istirehat)... aigoo... orang yang normal akan tidur waktu malam n bekerja waktu siang sebab malam mmg akan terasa mengantuk... Allah kan ciptakan manusia, so Allah taw la mcm mne manusia seharusnya berfungsi...

hurm tp sebagai seorang kaunselor pelatih nisak cuba memahami memang ada orang yang mengalami gangguan tidur.. [sleeping disorder].. hehe ini juga adalah bukti kekuasaan Allah... menciptakan pelbagai penyakit dan setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati... so bagi yang merasakan diri mereka berpenyakit kerana xboleh tidur malam cubalah ikhtiar... antaranya dengan mengadakan sesi kaunseling dengan kaunselor berdaftar ataupun berjumpa dengan doktor... hehe kaunselor hanya boleh membantu dari aspek psikologi... haha xpayah la minta air jampi dari tok bomoh or pawang... (lebih baik jampi sendiri air tue gne ayat Quran... )

Khairunisak apa yang ko merepek nie??????????????????????? haha okay lastly nisak nak gtaw... pagi nie pagi yang indah... hehe

Tuesday, June 21, 2011

Adab Menziarahi Pesakit

Assalamualaikum... Minggu lepas 16hb Jun 2011, abah kesayangan terpaksa di tahan di Wad 3 Hospital Daerah Batu Pahat sebab sakit jantung.. Huhu perasaannya waktu tu hanya Allah je yang tahu.. Haisyy alhamdulillah semuanya kembali okay.. Hoho post kali nie just nak kongsi adab menziarahi pesakit coz semalam nisak sendiri tolong jaga cousin yang patah kaki kat hospital, takziah buat Nurul Syazwani Abdullah semoga cepat sembuh... Owh cumanya nak menceritakan nisak cuma taw adab menziarahi pesakit yang paling baik ialah menggembirakan n mendoakan dia supaya cepat sembuh.. Rupanya ada tatatertib tersendiri, hoho so nisak nak kongsi apa yang terlandung dalam Rasulullah Contoh Akhlak Terbaik oleh Ustaz Safwan Fathy. Buku nie diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai jawapan karikatur hina Nabi S.A.W.

Berikut adab menziarahi pesakit berdasarkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W :

1. Jangan berlengah untuk menziarahi pesakit terutamanya jika serius. Jika sakit biasa boleh melawatnya selepas tiga hari. Ini mengikut amalan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.

2. Orang yang datang menziarahi disunatkan duduk dibahagian kepala pesakit. Imam Bukhari meriwayatkan hadith daripada Ibnu' Abbas r.a : "Adalah Rasulullah S.A.W apabila menziarahi orang sakit, Baginda duduk di kepalanya lalu berdoa tujuh kali yang bermaksud :
'Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Semoga Dia menyembuhkan penyakitmu"

3. Jangan terlalu lama menziarahi pesakit jika keadaannya memerlukan rehat atau layanan penjaga terutama jika penjaganya ialah wanita. Tetapi jika pesakit menunjukkan keriangan dengan layanan kita, maka ziarah boleh dipanjangkan [hehe teringat abah... Abah sangat suka orang datang melawat]

4. Jika sakit berpanjangan datanglah sekurang-kurangnya dua kali sehari atau jika berkelapangan.

5. Jika pesakit sedang tidur, jangan dikejutkan pesakit sebab tidur adalah rehat yang diperlukan bagi pesakit.

6. Doakan pesakit cepat sembuh. Amalan ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Saiyidatina Aisyah bahawa Nabi Muhammad S.A.W menyapu dengan tangan kanannya sambil berdoa ketika menziarahi isteri-isteri Baginda dan berdoa maksudnya :
'Ya Allah! Ya Tuhan sekalian manusia! Hilangkan penyakit, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada penyembuhan melainkan penyembuhanMu, suatu penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit" (Rujuk: Fiqh Al-Sunnah 1 : 250)

7. Jika pesakit mengadu sakit pada bahagian tertentu, suruhlah dia meletakkan tangannya di tempat berkenaan kemudian berdoa. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W apabila seorang sahabat mengadu sakit di tubuh . Baginda bersabda maksudnya "Letakkan tanganmu di tempat yang sakit dan bacalah 'Bismillah' sebanyak tiga kali kemudian berdoa :
'Aku berlindung kepada kebesaran Allah dan kekuasaanya-Nya daripada kejahatan yang aku rasakan, dan aku takut. " (Riwayat Muslim daripada Abu Abdullah)

8. Sunat meminta pesakit supaya berdoa untuk kebaikan diri anda kerana doa pesakit dimakbulkan oleh Allah.

Hurm inilah antara adab menziarahi pesakit yang terkandung dalam buku tue.. Semoga nisak dan yang lain dapat mengamalkan adab2 nie hehe... ^-^

Monday, June 13, 2011

Belajar erti syukur..

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat' " [Surah Ibrahim : 7]

Aku ble dapat sesuatu yang besh, baru la nk ckp alhamdulillah.. ble terbaca ayat ini tiba-tiba terdetik dalam hati, nape Allah tak kata 'sesungguhnya jika kamu bersyukur apabila diberi nikmat, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu..'. Hoho rupa-rupanya baru aku taw, sebenarnya semua yang terjadi dalam hidup nie adalah nikmat dari Allah tak kisah benda baik or buruk. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma manusia je kadang kala lambat mengetahui hikmah sesuatu perkara.

maka Khairunisak ucapkanlah alhamdulillah supaya tersedar bahawa apa yang terjadi dalam hidup ini semuanya atas belas ehsan, rahmat dan kasih sayang Allah.

hoho ini merupakan mukadimah blog yang ntah apa-apa ni. rupanya blog nie dah wujud, patut pun aku rase macam pernah buat blog. hadoiya tak pe la merapu dulu.. Aku harap apa yang aku tulis pada masa akan datang tak lagi merapu.. bukan senang nak menulis blog.. wee====