Saturday, November 26, 2011

Salam Tahun Baru 1432

Alhamdulillah Allah bagi izin untuk terus bernafas.. Diam tak diam, sedar tak sedar tahun baru 1432 sudah bermula.. Well bercakap soal tahun baru pastinya akan sinonim dengan azam dan matlamat yang ingin dicapai bagi tahun ini.. Bagi pelajar kebiasaannya nak dapatkan keputusan yang lebih cemerlang tak kira la setengah tahun atau akhir tahun.. Tak kurang juga yang berazam untuk menambah baik prestasi kokurikulum, nak menang sukan, nak menang ini, itu, apa sahajalah asalkan kemenangan diperolehi.. Berganjak sedikit dewasa pastinya lebih banyak yang ingin dimiliki... Rumah, kereta, simpanan, baju baru, beg baru, kasut baru dan bermacam2 lagi benda baru yang diidamkan... Tak kurang juga yang menyenaraikan tempat2 percutian menarik mahupun tempat2 makan baru yang ingin dikunjungi... =)

Kalau ada sesiapa yang pernah membaca buku Berani Menang or the original book entitle Dare To Win by Mark Jensen (if Im not mistaken), beliau menulis kuasa bayangan adalah kuasa besar dalam diri individu.. Buktinya yg paling nisak ingat pemilik Disneyland.. Dia sentiasa membayangkan taman tema kanak2 yg hebat dan pd akhirnya wujudlah Disneyland.. N klu ikut teori Psikoanalisis oleh Sigmund Freud yang memperkatakan tentang minda bawah sedar (unconscious mind) dimana peringkat bawah sedar inilah yang memainkan peranan dalam pembentukkan tingkah laku seseorang. Kuasa bayangan ini akan membentuk minda bawah sedar sekaligus menjadi motivasi kepada seseorang untuk bergerak ke arah ke arah impian yang dicapai. Dan hasilnya seseorang akan bertingkah laku sejajar dengan impiannya..

Berbicara soal matlamat, maka apakan sebenar matlamat yang perlu dicapai dalam kehidupan ini? Fathi Yakan dalam bukunya 'Ap Ertinya Saya Menganut Islam?' menyatakan bahawa manusia ini terbahagi kepada tiga golongan. Pertama golongan yang hidup untuk dunia iaitu berfahaman kebendaan "Dahriun". Kedua, golongan yang sesat antara dunia dan akhirat dimana golongan ini termasuk ke dalam golongan yang berfahaman kebendaan sekalipun lahirnya mereka melakukan ibadah rohani. Terakhir, golongan yang menganggap dunia sebagai ladang akhirat.. Saya di golongan yang mana?? Huhu

"Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia kecuali supaya mereka mengabdikan diri kepada- Ku" (Adz-Dzaariyaat : 56)

Adakah Islam melarang umatnya untuk memiliki harta dunia? Jawapannya tidak sama sekali.. Ipod? Ipad? Bonia? Mercedes? Polo? Myvi? Melancong ke Eropah? Anugerah Pelajar Terbaik? Penerima Anugerah Nobel? Banglo 10 tingkat? Segala macam harta dunia ini kejarlah, tetapi dengan bersyarat.. Syaratnya setiap impian itu mestilah memberi sumbangan kepada Islam..Menjadi saham untuk kita berada di syurga yang abadi.. 'Beribadahlah seolah-olah kita akan mati pada esok hari dan bekerjalah seperti kita akan hidup 1000 tahun lagi'. Hehe dilain masa nisak berminat nak membebel pasal hal nie lebih mendalam..

Sebab itu islam menyarankan supaya kita sentiasa ingat mati. Jadinya minda bawah sedar kita akan sentiasa mengingatkan kita tentang akhirat kelak. Allah suka jika kita melakukan sesuatu perkara dengan tekun, maka belajarlah dengan tekun, bekerjalah dengan tekun dan capailah impian dengan tekun.. Ketekunan membuatkan kita berusaha dengan bersungguh-sungguh.. Hehe tapi jangan lupa sentiasalah cari rahmat Allah, sebabnya tiket untuk masuk syurga bukanlah amalan yang menggunung tinggi sebaliknya atas rahmat dan kasih sayang Allah. Hoho so carilah cara macam mana nak buat Allah sayang n kasihkan kita supaya kita boleh masuk syurga..

Point nisak ialah jom wat refleksi.. Dimana kita?? Haha nisak nak wat iklan sikit sape2 yang nak dapatkan perkhidmatan kaunseling, boleh emel nisak... Hua3... Salam Tahun Baru 1432H....

No comments: