Tuesday, June 21, 2011

Adab Menziarahi Pesakit

Assalamualaikum... Minggu lepas 16hb Jun 2011, abah kesayangan terpaksa di tahan di Wad 3 Hospital Daerah Batu Pahat sebab sakit jantung.. Huhu perasaannya waktu tu hanya Allah je yang tahu.. Haisyy alhamdulillah semuanya kembali okay.. Hoho post kali nie just nak kongsi adab menziarahi pesakit coz semalam nisak sendiri tolong jaga cousin yang patah kaki kat hospital, takziah buat Nurul Syazwani Abdullah semoga cepat sembuh... Owh cumanya nak menceritakan nisak cuma taw adab menziarahi pesakit yang paling baik ialah menggembirakan n mendoakan dia supaya cepat sembuh.. Rupanya ada tatatertib tersendiri, hoho so nisak nak kongsi apa yang terlandung dalam Rasulullah Contoh Akhlak Terbaik oleh Ustaz Safwan Fathy. Buku nie diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai jawapan karikatur hina Nabi S.A.W.

Berikut adab menziarahi pesakit berdasarkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W :

1. Jangan berlengah untuk menziarahi pesakit terutamanya jika serius. Jika sakit biasa boleh melawatnya selepas tiga hari. Ini mengikut amalan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.

2. Orang yang datang menziarahi disunatkan duduk dibahagian kepala pesakit. Imam Bukhari meriwayatkan hadith daripada Ibnu' Abbas r.a : "Adalah Rasulullah S.A.W apabila menziarahi orang sakit, Baginda duduk di kepalanya lalu berdoa tujuh kali yang bermaksud :
'Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Semoga Dia menyembuhkan penyakitmu"

3. Jangan terlalu lama menziarahi pesakit jika keadaannya memerlukan rehat atau layanan penjaga terutama jika penjaganya ialah wanita. Tetapi jika pesakit menunjukkan keriangan dengan layanan kita, maka ziarah boleh dipanjangkan [hehe teringat abah... Abah sangat suka orang datang melawat]

4. Jika sakit berpanjangan datanglah sekurang-kurangnya dua kali sehari atau jika berkelapangan.

5. Jika pesakit sedang tidur, jangan dikejutkan pesakit sebab tidur adalah rehat yang diperlukan bagi pesakit.

6. Doakan pesakit cepat sembuh. Amalan ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Saiyidatina Aisyah bahawa Nabi Muhammad S.A.W menyapu dengan tangan kanannya sambil berdoa ketika menziarahi isteri-isteri Baginda dan berdoa maksudnya :
'Ya Allah! Ya Tuhan sekalian manusia! Hilangkan penyakit, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada penyembuhan melainkan penyembuhanMu, suatu penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit" (Rujuk: Fiqh Al-Sunnah 1 : 250)

7. Jika pesakit mengadu sakit pada bahagian tertentu, suruhlah dia meletakkan tangannya di tempat berkenaan kemudian berdoa. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W apabila seorang sahabat mengadu sakit di tubuh . Baginda bersabda maksudnya "Letakkan tanganmu di tempat yang sakit dan bacalah 'Bismillah' sebanyak tiga kali kemudian berdoa :
'Aku berlindung kepada kebesaran Allah dan kekuasaanya-Nya daripada kejahatan yang aku rasakan, dan aku takut. " (Riwayat Muslim daripada Abu Abdullah)

8. Sunat meminta pesakit supaya berdoa untuk kebaikan diri anda kerana doa pesakit dimakbulkan oleh Allah.

Hurm inilah antara adab menziarahi pesakit yang terkandung dalam buku tue.. Semoga nisak dan yang lain dapat mengamalkan adab2 nie hehe... ^-^

No comments: