Friday, June 24, 2011

pagi yang indah....

haisy... nisak kadang2 pelik... nape ade orang suke tidur di kala pagi yang indah... malam berjaga, siang tidur... tak ubah macam tabiat burung hantu... huhu xrase ke yg tidur nyaman, lena n paling best hanya boleh didapatkan pada waktu malam... kalau tidur waktu siang nie, terutamanya lepas subuh badan akan jadi lesu, lemas, letih dan lain2... tidak produktif!.. hai tapi ntah la... ikut diri masing2... cuma bg nisak alasan xboleh tidur malam kadang2 xboleh dipakai... haha jahatkan... cuba jangan tidur waktu pagi... haha so malam mst terasa nak tidur... weee ===)

"Dialah yang menjadikan malam bagimu agar kamu beristirehat padanya dan menjadikan siang terang benderang. Sungguh, yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kekuasaan Allah) bagi orang-orang yang mendengar" (surah Yunus :67)

sudah terang lagi bersuluh (watpe la suluh tempat terang?? haha) ayat diatas menunjukkan memang Allah menciptakan malam untuk manusia tidur(istirehat)... aigoo... orang yang normal akan tidur waktu malam n bekerja waktu siang sebab malam mmg akan terasa mengantuk... Allah kan ciptakan manusia, so Allah taw la mcm mne manusia seharusnya berfungsi...

hurm tp sebagai seorang kaunselor pelatih nisak cuba memahami memang ada orang yang mengalami gangguan tidur.. [sleeping disorder].. hehe ini juga adalah bukti kekuasaan Allah... menciptakan pelbagai penyakit dan setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati... so bagi yang merasakan diri mereka berpenyakit kerana xboleh tidur malam cubalah ikhtiar... antaranya dengan mengadakan sesi kaunseling dengan kaunselor berdaftar ataupun berjumpa dengan doktor... hehe kaunselor hanya boleh membantu dari aspek psikologi... haha xpayah la minta air jampi dari tok bomoh or pawang... (lebih baik jampi sendiri air tue gne ayat Quran... )

Khairunisak apa yang ko merepek nie??????????????????????? haha okay lastly nisak nak gtaw... pagi nie pagi yang indah... hehe

Tuesday, June 21, 2011

Adab Menziarahi Pesakit

Assalamualaikum... Minggu lepas 16hb Jun 2011, abah kesayangan terpaksa di tahan di Wad 3 Hospital Daerah Batu Pahat sebab sakit jantung.. Huhu perasaannya waktu tu hanya Allah je yang tahu.. Haisyy alhamdulillah semuanya kembali okay.. Hoho post kali nie just nak kongsi adab menziarahi pesakit coz semalam nisak sendiri tolong jaga cousin yang patah kaki kat hospital, takziah buat Nurul Syazwani Abdullah semoga cepat sembuh... Owh cumanya nak menceritakan nisak cuma taw adab menziarahi pesakit yang paling baik ialah menggembirakan n mendoakan dia supaya cepat sembuh.. Rupanya ada tatatertib tersendiri, hoho so nisak nak kongsi apa yang terlandung dalam Rasulullah Contoh Akhlak Terbaik oleh Ustaz Safwan Fathy. Buku nie diterbitkan oleh Majlis Agama Islam Johor sebagai jawapan karikatur hina Nabi S.A.W.

Berikut adab menziarahi pesakit berdasarkan sunnah Nabi Muhammad S.A.W :

1. Jangan berlengah untuk menziarahi pesakit terutamanya jika serius. Jika sakit biasa boleh melawatnya selepas tiga hari. Ini mengikut amalan Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat.

2. Orang yang datang menziarahi disunatkan duduk dibahagian kepala pesakit. Imam Bukhari meriwayatkan hadith daripada Ibnu' Abbas r.a : "Adalah Rasulullah S.A.W apabila menziarahi orang sakit, Baginda duduk di kepalanya lalu berdoa tujuh kali yang bermaksud :
'Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Semoga Dia menyembuhkan penyakitmu"

3. Jangan terlalu lama menziarahi pesakit jika keadaannya memerlukan rehat atau layanan penjaga terutama jika penjaganya ialah wanita. Tetapi jika pesakit menunjukkan keriangan dengan layanan kita, maka ziarah boleh dipanjangkan [hehe teringat abah... Abah sangat suka orang datang melawat]

4. Jika sakit berpanjangan datanglah sekurang-kurangnya dua kali sehari atau jika berkelapangan.

5. Jika pesakit sedang tidur, jangan dikejutkan pesakit sebab tidur adalah rehat yang diperlukan bagi pesakit.

6. Doakan pesakit cepat sembuh. Amalan ini berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim daripada Saiyidatina Aisyah bahawa Nabi Muhammad S.A.W menyapu dengan tangan kanannya sambil berdoa ketika menziarahi isteri-isteri Baginda dan berdoa maksudnya :
'Ya Allah! Ya Tuhan sekalian manusia! Hilangkan penyakit, sembuhkanlah kerana Engkau Maha Penyembuh, tiada penyembuhan melainkan penyembuhanMu, suatu penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit" (Rujuk: Fiqh Al-Sunnah 1 : 250)

7. Jika pesakit mengadu sakit pada bahagian tertentu, suruhlah dia meletakkan tangannya di tempat berkenaan kemudian berdoa. Inilah yang dilakukan oleh Rasulullah S.A.W apabila seorang sahabat mengadu sakit di tubuh . Baginda bersabda maksudnya "Letakkan tanganmu di tempat yang sakit dan bacalah 'Bismillah' sebanyak tiga kali kemudian berdoa :
'Aku berlindung kepada kebesaran Allah dan kekuasaanya-Nya daripada kejahatan yang aku rasakan, dan aku takut. " (Riwayat Muslim daripada Abu Abdullah)

8. Sunat meminta pesakit supaya berdoa untuk kebaikan diri anda kerana doa pesakit dimakbulkan oleh Allah.

Hurm inilah antara adab menziarahi pesakit yang terkandung dalam buku tue.. Semoga nisak dan yang lain dapat mengamalkan adab2 nie hehe... ^-^

Monday, June 13, 2011

Belajar erti syukur..

"Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu memaklumkan, 'Sesungguhnya jika kamu bersyukur, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu, tetapi jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka pasti azab-Ku sangat berat' " [Surah Ibrahim : 7]

Aku ble dapat sesuatu yang besh, baru la nk ckp alhamdulillah.. ble terbaca ayat ini tiba-tiba terdetik dalam hati, nape Allah tak kata 'sesungguhnya jika kamu bersyukur apabila diberi nikmat, nescaya Aku akan menambah (nikmat) kepadamu..'. Hoho rupa-rupanya baru aku taw, sebenarnya semua yang terjadi dalam hidup nie adalah nikmat dari Allah tak kisah benda baik or buruk. Setiap perkara yang berlaku pasti ada hikmahnya. Cuma manusia je kadang kala lambat mengetahui hikmah sesuatu perkara.

maka Khairunisak ucapkanlah alhamdulillah supaya tersedar bahawa apa yang terjadi dalam hidup ini semuanya atas belas ehsan, rahmat dan kasih sayang Allah.

hoho ini merupakan mukadimah blog yang ntah apa-apa ni. rupanya blog nie dah wujud, patut pun aku rase macam pernah buat blog. hadoiya tak pe la merapu dulu.. Aku harap apa yang aku tulis pada masa akan datang tak lagi merapu.. bukan senang nak menulis blog.. wee====