Wednesday, January 4, 2012

Exam oh exam....

Bismillahirrahmanirrahim, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Minggu ini merupakan minggu exam maka ramai yang sibuk mengulangkaji pelajaran bagi memastikan dapat buat yang terbaik dalam peperiksaan akhir. Kali ini penulis tertarik untuk membicarakan sistem pendidikan berorientasikan peperiksaan. Walaupun Falsafah Pendidikan Kebangsaan dikatakan antara falsafah pendidikan terbaik dunia (melahirkan pelajar yang seimbang jasmani, emosi, rohani, intelektual) namun dari aspek pelaksanaan banyak aspek yang boleh diperbaharui. Malaysia pernah dikejutkan dengan larangan pelajar menduduki peperiksaan UPSR oleh guru semata-mata bagi memastikan gred sekolah tidak jatuh akibat pelajar yang dianggap kurang cerdik ini. Ramai yang mengecam tindakan guru di sekolah terbabit. Sedar atau tidak sistem ini bermula dari pembentukan guru-guru sama ada di IPG mahupun IPT. Mana tidaknya, gred peperiksaan menjadi tumpuan utama! Hai bakal-bakal guru sekalian, kalau anda merasa bangga dengan pencapaian peperiksaan anda semata-mata maka muhasabah la diri. Universiti seharusnya mampu melahirkan guru-guru yang bebas dari cengkaman sistem berorientasikan peperiksaan ini. Maka barulah sistem pendidikan diluar sana dapat diubah. Pembebasan yang dimaksudkan penulis bukanlah menyeru agar bakal-bakal guru boikot dari menduduki peperiksaan ataupun tidak perlu belajar apabila menjelangnya peperiksaan. Penulis melihat beberapa tingkah laku yang menunjukkan ciri ‘exam oriented’.

Pertama, Membaca dan menuntut ilmu apabila menjelang peperiksaan sahaja. Waktu nie la baru nak menyemak nota-nota, dan isi pelajaran. Istilah praktikkan ilmu memang tak pernah wujud. Bagi golongan seperti ini, ilmu yang ada perlu digunakan semasa hari peperiksaan. Memuntahkan apa yang telah dihafal dan dihadam dalam otak atas kertas peperiksaan untuk tatapan pensyarah supaya mudah pensyarah bagi markah. Haishh. Penulis teringat pesan mak sewaktu ujian 1 semester 1 2008, ‘nak belajar bukan tunggu hari nak periksa je, ingat la hari-hari pun mesti rase nak periksa, hari-hari rase nak belajar’. Dari sudut pandang berbeza mak penulis seolah-olah cakap belajar untuk exam tapi penulis sendiri mengambil iktibar setiap hari perlu belajar bukan tunggu hari peperiksaan sahaja.

Kedua, Menjelangnya peperiksaan tidak boleh membaca dan membuat perkara lain melainkan mengulangkaji pelajaran . Nak solat pun kena tunggu selepas exam la jawabnya. Minggu peperiksaan tidak boleh diganggu langsung (kecuali Facebook hoho). Penulis merasakan ramai yang menggunakan hujah ini berkenaan isu demontrasi di UPSI. Minggu ulangkaji untuk ulangkaji bukan perkara lain. Bagi penulis individu yang berpersepsi seperti ini adalah individu yang berpusatkan peperiksaan. Ilmu ini adalah meluas, apatah lagi pengamalan ilmu. Semua tak boleh mengganggu minggu ulangkaji ni! Hai luculah. Paling lucu buku-buku yang tidak melibatkan peperiksaan tak boleh dibaca, nak mengaji pun kena tunggu habis exam. Kalaupun boleh perkara tersebut mestilah mempunyai nilai bagi memastikan gred meningkat, contohnya mengampu pensyarah.

Walaubagaimanapun penulis juga merasakan terdapat juga pihak yang menggunakan exam oriented sebagai alasan kepada sifat malasnya. Mana tidaknya, kuliah pun tidak hadir, tugasan tidak dilakukan, bila menjelang peperiksaan apabila orang suruh belajar katanya tidak mahu jadi exam oriented student. Hai luculah.

Hakikatnya penulis juga masih dicengkam perkara yang sama. Penilaian yang menyeluruh belum dapat dibuktikan sepenuhnya. Penulis mengingatkan diri sendiri ilmu itu luas maksudnya. Menuntut ilmu bukanlah semata-mata kerana hari peperiksaan. Teringat satu tazkirah sewaktu bersekolah dahulu, setiap kali peperiksaan mesti kita nak buat persiapan terbaik apatah lagi kalau dah tahu bila nak exam, tapi kenapa kita susah nak buat persiapan untuk mati sedangkan mati itu pasti dan bila mati ada peperiksaan sebenar yang menanti!

Akhir kata, penulis merasakan sebagai bakal guru perlu membebaskan diri dari sistem berorientasikan peperiksaan ini. Kalau nak jadi pendidik yang baik perlu mula mendidik diri agar jadi baik. Pesanan buat diri sendiri terutamanya.